skip to main | skip to sidebar

Abdullahms

Thursday, August 7, 2008

konvo UiTM









Posted by ONN ABDULLAH at 7:11 PM

1 comment:

Anonymous said...

Gambar2 yang dipaparkan mempunyai nilai kasih sayang keluarga yang mendalam.Diharap tuan terus menambah gambar yang berkaitan dengan barisan penulis lain.

December 11, 2008 at 12:11 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Silaturahim

  • A. GHAFAR BAHARI- HANYA PUISI
  • ALAM RASA.COM
  • Arif Muhammad
  • Azizi Abdullah
  • ghafarartgallery.blogspot.com
  • hikayat putera batu di blogosphere
  • Hj. Zabidin Ismail
  • kbgebi
  • Marsli.N.O
  • Nisah Haron Online
  • Sharulnizam Abd. Talib
  • Sri Diah
  • TiNTA MAYA NiSSA' YUSOF

Blog Archive

  • ▼  2008 (15)
    • ►  November (6)
    • ►  September (2)
    • ▼  August (7)
      • Ceritera Si Luncai
      • Kisah Katak dan Ular
      • Pada Hal Kita Sama-sama 2
      • Pada Hal Kita Sama-sama
      • konvo UiTM
      • Tusukan Debar
      • konvo IKM

About Me

My photo
View my complete profile
 


AJK Karyawan Pk, ( 2008 - 2010 )

Lawatan ke Sabah pada 20 Julai, 2007.( PLB. Pk.Tgh)

Lawatan ke Sabah pada 20 Julai, 2007.( PLB. Pk.Tgh)

Nazak

laut dada alun berombak
elusan nafas sesak
ngilu di rahang nazak nyaring pekikan
dalam erang subuh
aaaaduhhh seribu aduh
aduhhhhh yang luluh
aduhhhhhhhh
duhhhhhhhh
aduhhhhhhh!
dia terus menjerit sakit
aduh dalam sakit
sakit yang dalam
sedalam gaung
lembah gaung yang sayup
sayup dalam aduh aduh aduh
a d u h h h h h h h h
d u u h
u u u h h h
h h h h h h
h h h h
h h h h
h h h
h h
u u
h h
a d u h h h
dalam sakit
paling tenat paling
tanpa suara pekik yang dalam
dalam diri bagai kuku direntap
tidak, bagai kulit disoyat
paling dahsyat
lidah kering ~ gelegak otak
akar rambut tercabut
sakaratulmaut!


ONN ABDULLAH
Ipoh.
16 Febuari, 2004




Gambar 2 - Ziarah AJK Karyawan Pk.:sdr. Jaafar Abdul Rahim pada 3 Jun, 2008.

Gambar 1 - Kunjung hormat AJK Karyawan Pk dengan YAB. Menteri Besar Perak pada 3 Jun, 2008.

Jentik Bintik Hitam

jentik-jentik hitam bintik-bintik hitam
dalam kolam dalam diri
suram kelam
jentik-jentik hitam bintik-bintik hitam
tanpa kaki tanpa sayap
merayap hinggap
jentik-jentik hitam bintik-bintik hitam
kuak nafsu riak hati
petaka bala karat noda
jentik-jentik hitam bintik-bintik hitam
menerpa kepak ribut muncul sayap maut
jentik-jentik hitam bintik-bintik hitam
menerpa menjelma
gung tusukan bisikan syaitan
jentik-jentik hitam bintik-bintik hitam
menggigit melapah
kedamaian kemanusiaan


ONN ABDULLAH
Ipoh.
2008

Botol-botol Kosong

Botol
Botol
kosong
tersungkur
di lorong kasih
tanah cinta
dipungut si polan setia
anak-anak jalanan derita
botol-botol kosong rebah
pub mewah tercungap lelah
dipetik tangan dusta
hias di sudut meja
botol-botol kosong
meraung di langit cinta
yang kosong terapung
botol-botol kosong
jiwa yang kosong!



ONN ABDULLAH,
Kuala Kangsar

Pesta Belon-belon


dengan lagu simponi kasih
selamat panjang umur merekapun mula
jadi robot tak berwajah: hanya perut-perut buncit
kekenyangan melupai rupa asal
menari dalam dakapan
malam riuh tanpa muzik, retak susila ~ piala budi pecah
di kaca hayat jadi banduan
terhormat yang rela dirantai
kakinya dalam keindahan lampu warna-warni, perlahan
-lahan belon-belon kemanusiaan yang luka bebas lepas
melarik nikmat cinta melakar nafsu di banir kelam
menjana benang sulit yang sukar arah
distinasi ~, akhirnya kecundang
dalam rakus
alam!


ONN ABDULLAH,
Ipoh.
.

Puisi Kaki dan Kasut

ia jodoh
yang sepadan
serasi atau angkuh
pada rasa bukan mainan
terjalin seni rahsia mesra
indah di tumit kehidupan
kerana kaki adalah penguasa
pada kasut bagai hamba setia
demi kerelaan bukan desakan
dan kasut sukar menolak realiti
biar tuah tak berpihak pada diri
tapi langkah pertama mendahului
kaki dan kasut ikat cermat kata
dunia aman atau ruang sengketa
tetap teman sejiwa tempuh derita
selangkah masuk ke pintu masjid
kasut menunggu kaku tanpa curiga
hujung tangga terdengar makidusta
pada kaki yang dituduh celaka:
kaki ekor kaki botol kaki betina
kaki ampu kaki pukul kaki judi
kaki rambu kaki wayang dan
kasut terus jadi mangsa dalam sabar
menyimpan seribu rahsia kaki namun
tetap memilih setia dari derhaka meski
tertusuk duriluka terus melangkah pasrah
seiring derap tak kenal kamus putus asa
kendati ke bilek air mencangkung
lama menunggu rela biar busuk
di tebing puaka.


ONN ABDULLAH
Ipoh.
2007.



Tunjukkan Pintu Itu

Telah
kucari pintu itu
pintu yang tiada jalan keluarnya
aku ingin masuk ~ aku tak ingin keluar
tunjukkan padaku ~ aku ingin segera masuk
ke pintu tenang kemilau cahaya tenteram
aku ingin terus iktikaf redha khalwat
cinta hingga menjadi lenjun seluruhnya ~ siramlah
dengan nur kasih-Mu hingga basah sujudku,
biarku basahkan lidahku dengan zikir-Mu
sungguh aku ini kelana yang telah bertahun kau kirimkan
bekalan ~ hingga tak tersentuh tanganku kerana
terlalu penuh dan melimpahruah ~ kenikmatan itulah
bekalan yang telah kusia-siakan kerana sedikitpun tiada
untuk bekalan diri jauh di sana
ingin kucari bekalan yang lain bekalan hakiki ~ bekalan
abadi
ingin kukecapi seluruhnya sari kelazatan
mawar cinta-Mu dalam zuhud putih bersih
tunjukkan padaku sebuah pintu
yang terbuka
tapi tertutup
tunjukkan
padaku pintu itu
kerana aku enggan
keluar dari pintu rahmat-Mu!



ONN ABDULLAH
Dewan Sastera,
September, 2004
.

Puisi K :Ajal Dan Maut

i
Ajal dan maut
bukan musuh insani
ia tentera Allah

utusan maha hebat
ngeri
di manapun sembunyi
ia muncul tanpa dijemput
amat pantas serta patuh
setia dan taat tercungap
nafas akhir kiamat

ii
Di jalan sibuk mengintai
kelalaian dengan lidah lapar
di rumah setia teman alpa
risau waspada pisau kilat
terselit di kuku nafsu
sepantas harimau ganas
aum ngap melahap
menerkam rakus terkulai
mangsa rebah ngelepar
aduhhhhhhh!
Allah!


ONN ABDULLAH,
Ipoh,
10 Julai,2005

Dalam Diri

selubung malam - indah
diterangi cahaya batin - nur:
bunga-bunga yang mekar - I.
indah wangi germerlapan - S . A.
diri terasa sebuah getaran suci - iman
memuji-Nya dalam kudus nawaitu - syariat
bersama perkasihan rindu - akidah
mengalir lumrah merah darah - jiwa
puteh darah hitam darah - hati
dalam diri angin darah meratap -nurani
tanah darah tersentap - dalam
air darah meruap - diri
api darah tersingkap - insani
dalam diri segumpal darah
kalbu darah pasrah
bersatu jiwa


ONN ABDULLAH
Ipoh,
2005.

Puisi L : Lelaki Serban Merah

lelaki serban merah janggut kusut
sukar diramal pada amal
di matanya beban sarat kemanusiaan
di bahunya terpikul amanah,
suaranya parau sinar mata redup
dalam seribu zikir buah tasbih
tergantung di tangan bergerak tanpa letih
sabar dan tenang bagai murshid
hebat tutur-kata penuh santun tapi sinis
gurauan lembut melepaskan bunga-bunga
kapas terbangan jadi racun menikam jiwa
jangan pamirkan suara kebatinan, ujarnya
dalam senyap kita bergerak
jauhi riak nafas-nafas lagak
yang hebat nanti kita dituduh sesat
hey! Hey!
hey! hey! hey! pernah kaubersua,
ini lelaki janggut kusut
sesekali muncul tanpa kasut!


ONN ABDULLAH,
Jendela Utara (DBP)
2005

Bersama isteri di Uitm

Bersama isteri di Uitm

API DI ATAS TANAH

Sumpah marak apiku membakar sekujur tanahmu dari janji derhaka~
asal tanahmu dibenci biar luluh damai berkecai dipijak nafsuku
kerana tanahmu telah dibekalkan akal sebagai insan khalifah bumi.
Nafsu dari lidahku memerangkap cintamu menebalkan kejahilan biar beraja di hati bersyaitan api di mata kalud seribu dendam melakar debu leka meniti bara apiku biar terbakar remuk tanahmu. Apiku di atas tanahmu biar marak melata terbakar jadi abu jerebu seluruh alam kehidupan


ONN ABDULLAH,
Ipoh.
2007

Api Dalam Cinta

Apa api yang kaucari di tabir samar yang asyik
kala kausentuh api panasnya tetap di hujung jari
saat nyalanya tetap membakar semula-jadi
takkan mampu ditukar jadi dingin salji
api tetap api pada rentak dan sifat sedia
meratah diri~api dalam cinta hangat membara
pada maraknya akan rentung diri
lebih panas dari api~jauhkan diri dari api
kerana api adalah cebisan bunga-bunga lara
yang tumbuh dari kawah neraka

Namun api cintaku pada-Mu
biar luluh akan terus kunyalakan


ONN ABDULLAH,
Berita Minggu.
16 April,2006.

Api Di Atas Air

api di atas air
sketsa diri di tangan pelukis,
terasa amat damai
menatap lakaran abadi

riak air berkocak
takkan padam nyala api
wujud berselerak pelangi pagi

dialah pelukis kerdil itu
yang diasuh melalui benang akal
mengikut ketentuan-Nya

api! api! api!
api amarah menjadi sejuk
disirami pasrah air wuduk!


ONN ABDULLAH,
URTV.
2.8.2004.

Tahu buat tak tahu

Kau
hanya
tahu buat
tahu buat tahu buat tahu
buat tahu buat tahu buat tahu buat
tahu buat tahu buat tahu
buat tahu buat
tahu buat
dosa
tapi
kau
tak tahu
taubat taubat
taubat taubat taubat
taubat taubat taubat taubat
taubat taubat taubat taubat
taubat taubat taubat taubat
taubat taubat taubat
taubat taubat
taubat
kau
buat
tak tahu


ONN ABDULLAH
Ipoh.
2008







Ratip Ya Tak Ya : Nifak

YA
ya TAK ya
ya tak YA tak ya
ya tak ya tak ya tak ya
ya tak YA tak ya
ya TAK ya
YA
tak
ya
TAK
TAK
TAK
TAK
TAK

nifak
lidahnya
BIAWAK


ONN ABDULLAH
Ipoh.
2008