Sunday, November 23, 2008

Si Abid ( i)

Dalam kegelapan
dia terjebak rindu

Dalam kegelapan
titis-titis airmata kesedaran
menjelma jadi mutiara

Dalam kegelapan
segalanya telah diraba yakin
berbekal kekuatan
matabatin
pengisian makna
iktikad kental dan jitu
dia merangkak pasrah
lalu sujud di kaki-Nya

ONN ABDULLAH,

Berita Minggu.
3 Disember, 2006

No comments: